Keputusan Sampel Minyak Dijangka Petang Ini

By: Unknown →

PETALING JAYA – Hasil keputusan ujian sampel tompokan minyak yang 
ditemui di Laut China Selatan semalam dijangka diperoleh selewat-lewatnya 
petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata 
jabatan itu menerima sampel minyak tersebut daripada Agensi Penguatkuasaan 
Maritim Malaysia (Maritim), jam 9.40 pagi ini untuk dianalisis.Jabatan berkenaan, katanya, akan memberi keutamaan sepenuhnya dalam menganalisis 1.5 liter 
sampel minyak itu.

“Sampel itu akan melalui tiga prosedur bagi mengenal pasti sama ada bahan 
tersebut mengandungi kerosine (bahan bakar pesawat) atau tidak,” katanya 
kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Ahmad Ridzuan berkata tiga prosedur utama akan dijalankan bertujuan 
memastikan sampel minyak tersebut mengandungi ‘mineral oil’ yang boleh 
diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat.

Beliau berkata tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan 
sama ada sampel tersebut mengandungi ‘mineral oil’, peringkat kedua mengenal 
pasti sama ada ketumpatan minyak itu ‘light oil’ atau ‘heavy oil’, dan peringkat 
terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, 
diesel,atau petrol).

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang 
serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.
                                                          BERNAMA

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.