Kehamilan selepas 16 tahun ini dianggap Che Ta sebagai satu anugerah Allah 
yang tidak ternilai buat pasangan ini. Walaupun mereka tetap menerima
tanggapan negatif daripada segelintir pihak namun Che Ta dan Zain tidak terlalu 
memikirkan apa tanggapan orang lain.

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. 
 Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi
 mereka yang mahu bersikap negatif, itu memang melambangkan keperibadian 
 mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain,” katanya.

Ceritakan kembali detik manis ketika mengetahui saat dia berbadan dua,Che Ta 
mengakui bahawa Zain pada mulanya enggan membenarkan dia meneruskan 
ujian kehamilan namun selepas beberapa lama Zain sendiri ke farmasi untuk 
membeli alat ujian kehamilan itu.

“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah 
 lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun 
 dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. 

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan 
 kehamilan itu disimpan Zain de  ngan rapi yang menggambarkan bagaimana 
 seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung.

“Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan
 mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah
 pada  hujung bulan ini.

Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya 
dan Zain,” katanya lagi.Menurut Che Ta, perasaan takut memang ada kembali 
mengandung selepas 16 tahun, namun mereka hanya mengharapkan yang terbaik dan dipermudahkan Allah.-oh artis
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.