SEPANG - Radar militari Malaysia telah mengesan “blip” yang berke-
mungkinan besar datangnya dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang 
di kawasan barat laut Pulau Pinang, kira-kira 45 minit selepas pesawat 
itu terputus hubungan dengan trafik kawalan udara pada Sabtu.

Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud pada Rabu 
berkata, bagaimanapun, perkara ini masih perlu disahkan oleh pakar-
pakar dari Amerika Syarikat dan disokong dengan radar negara-negara jiran.

Beliau berkata ‘plot’ dikesan pada pukul 2.15 pagi Sabtu, 200 batu dari barat 
laut Pulau Pinang di utara Selat Melaka.Walau bagaimanapun, mereka tidak 
dapat memastikan bahawa ia adalah pesawat yang hilang kerana data sebegitu 
tidak direkodkan oleh radar militari.

Ia mungkin berlaku 45 minit selepas Boeing 777-200 terputus hubungan 
dengan kawalan trafik udara kira-kira 100 batu dari Kota Baru pada pukul 
1.31 pagi Sabtu.Ia berlepas ke Beijing pada pukul 12.41 pagi Sabtu dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Rodzali berkata ‘plot’
 itu dikesan dalam penelitian semula rakaman data militari pada Sabtu. 
Operasi carian kemudiannya segera diperluaskan ke Selat Melaka 
daripada lokasi carian asal di Laut China Selatan.

Usaha mencari masih diteruskan di kedua-dua kawasan dengan mengguna-
kan 42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara yang mengambil bahagian.
Ditanya jika radar militari telah mengesan ‘plot’ pada Sabtu pada waktunya 
yang sebenar, beliau berkata ia tidak dapat mengesannya.

Beliau berkata tentera udara tidak akan cuba untuk memintas pesawat 
yang tidak dikenali kerana ia diklasifikasikan sebagai pesawat awam 
dan bukan pesawat musuh . – The Straits Times / ANN
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.