Putrajaya - Selepas lima hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 
dilapor hilang tanpa kesan, beberapa keluarga dan kru penerbangan itu 
yang ditempatkan di Hotel Everly menyatakan mereka sudah bersedia 
menerima apa juga kemungkinan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
Datuk Noraini Mohd Hashim kepada pemberita selepas melawat keluarga 
terbabit di hotel berkenaan.Ada juga yang mahu pulang ke rumah kerana 
anak-anak lain juga memerlukan mereka.

Sebanyak 107 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di hotel itu sejak 9 
Mac lepas bagi mengikuti perkembangan terkini operasi mencari dan men-
yelamat MH370, selain turut menerima khidmat kaunseling dan sokongan 
moral daripada kaunselor JKM dan sukarelawan pelbagai pertubuhan.

Menurut Rohani, JKM juga menghantar kaunselor untuk memberi khidmat 
kaunseling kepada sebuah keluarga di Ipoh, Perak yang tidak mahu datang 
ke sini kerana ingin bersama anggota keluarga lain.

Gambar : Keluarga penumpang pesawat MH370 dari China kelihatan tenang 
sambil mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 menerusi akhbar 
tempatan dan telefon pintar selepas bersarapan pagi di hotel penginapan 
Cyberview di sini, hari ini.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.