Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa penerbangan MH370 masih 
gagal dikesan walaupun kuasa-kuasa besar membantu dan menggunakan 
teknologi mereka.

Bekas perdana menteri itu berkata, teknologi secanggih itu mampu mengesan 
pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada.“Saya melihat 
perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) amat aneh kerana dalam 
dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih 
gagal mengesan pesawat yang besar.

“Padahal dengan teknologi sama kita boleh mengesan manusia walaupun ia 
berdiri di tepi jalan,” kata Dr Mahathir dipetik berkata dalam akhbar Berita 
Harian.“Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Saya memahami 
perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sampai hari ini kita 
belum tahu nasibpenumpang dan kru,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika pesawat terhempas tidak kira di laut atau di darat, 
sudah pasti serpihan mampu dikesan oleh kuasa-kuasa besar kerana mereka 
mempunyai teknologi statelit canggih. Hari ini masuk hari ke-11, operasi 
misi dan menyelamat dilakukan untuk mencari pesawat yang terbang dari 
Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta 
bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat 
Perisikan. Sehingga kini, 26 negara sudah terlibat dalam membantu Malaysia 
untuk mencari pesawat Boeing 777 – 200ER tersebut.

Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam 
selepas ia hilang. Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.