BOMOH ‘DO RE MI’ TIDAK DIUPAH OLEH BN

By: Unknown →
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim me-
nafikan kerajaan mengupah ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ yang 
muncul di KLIA untuk ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang 
hilang dalam perjalanan ke Beijing.

“Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan 
tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh
 Itu.

“Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita 
(P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

“Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu,” katanya sewaktu men-
jawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput 
bomoh tersebut. – Malaysiakini.com
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.