Anwar Dakwa Beliau Lebih Layak Ganti Najib Jawab Isu MH370

Labels:
By: Unknown →
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau adalah 
individu yang paling layak untuk menjawab persoalan berhubung 
kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 berbanding 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana pemimpin nombor 
satu negara itu takut untuk berdepan dengan pertanyaan daripada 
media antarabangsa.

Ketua Umum PKR itu menegaskan, kehilangan pesawat dengan 239 
penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu melihatkan keupayaan 
sebenar kepimpinan negara dalam menguruskan krisis sedemikian, 
yang dianggapnya sebagai “lemah dan tidak tegas”.

“Kalau orang tidak boleh bertanya orang nombor satu di Malaysia, hendak 
tanya siapa lagi. Beliaulah bertanggungjawab.“Saya hairan sebab satu 
dunia mengatakan beliau tidak sanggup berhadapan dengan media antara-
bangsa,” katanya ketika berceramah semasa kempen bagi isterinya Datuk 
Seri Dr Wan Azizah Ismail yang merupakan calon Pakatan Rakyat (PR) 
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 
di Sungai Kantan, Kajang malam tadi.

Sebagai perbandingan, Anwar berkata, media asing kini lebih selesa 
untuk menemubual beliau kerana kemampuan beliau untuk menjawab 
berkenaan persoalan tersebut.

“Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya sebab mereka 
kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab, kalau wawancara Najib, beri 
kenyataan sahaja. Jadi lebih baik saya ganti beliau,” katanya.

“Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu 
betapa berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya perdana menteri 
yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita,” katanya lagi.
(sumber The Malaysian Insider)
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.