"DUNIA AKHIRAT SAYA BERSAMA DIA"

By: Unknown →
Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh isteri Pramugara Kanan Wan Swaid Wan Ismail, Nur Laila Ngah yang kehilangan suaminya dalam tragedi MH370.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu disifatkan oleh isterinya sebagai seorang yang pendiam namun baik hati serta penyayang terhadap anak-anaknya.Sementara 
itu, anak sulung Wan Swaid, Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat-saat manis 
mereka adik beradik dengan ayahnya itu.

“Daddy pendiam, tak banyak cakap, dia tak suka marah-marah,” katanya 
memetik laporan Astro Awani.

Haziq juga menyatakan keutamaannya kini adalah untuk sentiasa menyokong 
ibunya mengharungi kehidupan mendatang mereka sekeluarga.

Wan Swaid merupakan 12 daripada anak kapal serta 227 penumpang yang dila-
porkan penerbangan mereka mengakhiri laluannya di selatan Lautan Hindi 
seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin 
lalu.

Penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala 
Lumpur (KLIA), pada jam 12.41 pagi, 8 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing 
pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Mynewshub.my 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.