6 bomoh kawal hujan aksi persahabatan bola sepak

By: Unknown →


Gamabar Hiasan

JAKARTA - Kepercayaan terhadap bomoh yang mampu menahan hujan terutama 
bagi melancarkan acara atau kejohanan 'penting' adalah sesuatu yang biasa 
diamalkan di Indonesia.

Terbaharu, khidmat enam bomoh dan beberapa ahli spiritual digunakan semasa 
perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan bawah 19tahun Indonesia 
menentang Persewangi Banyuwangi di Stadion Diponegoro Banyuwangi, Jawa 
Timur pada Isnin.

Setiausaha jawatankuasa penganjur perlawanan berkenaan, Fandi Ahmad sepertidipetik akhbar Kompas, berkata kesemua bomoh serta ahli spiritual tersebut 
yang berasal dari wilayah Banyuwangi, ditempatkan di sekeliling stadium 
tersebut.

"Selain menghalang (menahan) hujan, ahli spiritual dilibatkan supaya 
pertandingan berjalan lancar. Keterlibatan ahli spiritual sudah merupakan kebiasaan dalam setiap acara di Banyuwangi.

"Enam pawang hujan serta ahli spiritual ini diharapkan membantu mendoakan 
agar acara berjalan lancar dan sukses serta cuaca jugacerah,"kata Fandi.
- Bernama
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.