BERITA TERBARU

Browsing "Older Posts"

Ada pelbagai tradisi unik yang kadangkadang tidak terfikir dek akal salah satunya di Cuba dimana 
satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup! 

Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar- benar 
ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de 
las Vegas,bandar kecil ber-
hampiran Havana.

Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan 
dikenali dengan nama "Burial 
of Pachencho."

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke 
dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung.Mereka juga men-
doakan dan menangisi 'jenazah' itu ketika akan dikuburkan.

Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin 
seorang ketua.

Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung 
menaburkan bunga dan men-
uangkan minuman ke mulut 'jenazah'untuk diminumnya.

Setelah itu 'jenazah' membuka mata dan keluar dari keranda tersebut.Idea tradisi pelik ini bermula 
pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan.

Nama 'Pachencho' sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang 
melainkan dari tajuk kisah 
yang dimainkan di teater tempatan.

Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan 
sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani 
kehidupan sukar, " kata 
Yaumara Solis.

"Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang 
telah tiada, ini adalah 
penghormatan untuk cabaran kehidupan."

TRADISI PELIK DIKUBUR SEMASA HIDUP

By: Unknown -